Masa untuk
aku meninggalkan TNB kian lama kian hampir. Terus terang, bukan senang rasanya
untuk meninggalkan TNB setelah sekian lama aku bersamanya. Macam-macam perasaan
timbul. Tapi apa pun, seperti ceritanya hal kehidupan yang lain, bila sampainya
untuk aku move on, aku mesti move on. Hidup ini sekejap. Hidup ini sementara.
Aku mahu buka
buku baru aku dalam nada yang penuh harapan. Satu harapan yang sekian lama
terpendam ialah harapan aku untuk membawa segala ilmu dan pengalaman yang aku
telah compile dalam bentuk modul2 itu. Masih aku ingat, semenjak aku dalam
lingkungan umur awal 30an lagi, aku sebenarnya telah menanam harapan ini.
Of course
segala macam soalan timbul dalam benak hati aku. Mahukah orang terima ilmu ini?
Adakah mampu aku create buy-in dari mereka? Aku punya kuderat untuk melakukan
ini semua? Apapun, tak guna aku melayani soalan-soalan sebegini. Buat saja.
After all, ini ikigai aku. Just do it!
Teringat
perbualan dengan Salmah pagi tadi. Kata beliau, hidup ini rupanya mudah sahaja
tetapi kita yang buatnya jadi kusut. Aku rasa pelik kenapa tetiba saja beliau
berkata begitu. Apapun, menarik perbualan aku dan beliau tentang perkara ini.
Kami melihat yang menyebabkan kita menjadikan hidup ini kusut sebab ramai di
antara kita yang terbawa-bawa mahu diperakui orang lain, suka membandingkan
hidup sendiri dengan hidup orang lain dan suka menuruti keinginan yang
sebenarnya kita tidak perlukan.
Maka
sudahnya kita susah untuk bersyukur dan sentiasa rasa tidak cukup. Tanda kita
bersyukur ialah kita sentiasa sangka baik dengan Tuhan walau apa pun dugaan
yang diberikanNya, kita sentiasa berharap dan bersandar kepadaNya dan atas sebab
itu kita kita sentiasa terus menerus berdoa dan berusaha tanpa putus asa.
Aku lihat
cara pandang begini sangat baik dan aku harap di masa depan, aku mampu
subscribe kepada cara pandang ini terutama dalam membawa modul2 aku ke tengah
masyarakat.
Berdasarkan
apa yang aku fikir dan rasakan diatas, itulah sebab aku berazam untuk
memastikan masa-masa yang masih berbaki ini dapat aku gunakan dengan penuh
berkat. Aku berazam dapat aku gunakannya bagi melaksanakan perkara-perkara yang
berfaedah dan seterusnya mendapat redhaNya. Aku tidak mahu masa berbaki ini
untuk perkara biasa-biasa sahaja tetapi aku mahu masa-masa itu digunakan untuk
memberi nilai kepada dunia ini.
Harap Tuhan ampuni aku, selesaikan segala masalah aku dan bimbingi aku dalam melaksana hajat-hajat aku ini.
Aamiin!
No comments:
Post a Comment